Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aktiviti

Kenaikan Pangkat ke DG54

Tahniah kepada Pn Choong Soo Mei dan Pn Sim Kay Shu yang telah dinaikkan pangkat ke DG54 mulai 1 Jan 2015. Semoga kenaikan gred ni menjadi motivasi kepada guru-guru yang lain dan terus mencipta kecemerlangan dalam bidang Sains dan Matematik di SMKJB. Daripada: Pn Hajah Roslina Che Omar Pengetua SMKJB editor's note: Seluruh warga SMKJB merakamkan sekalung tahniah untuk Pn Choong dan Pn Sim. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus berbakti di SMKJB.

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015

Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 12 Ogos 2015 bertempat di Auditorium Kolej Universiti New Era. Objektif program  ialah  menyuntik semangat pelajar SPM  supaya meningkatkan persediaan ke tahap maksima bagi mencipta kejayaan cemerlang. Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA).Beliau di jemput sekali lagi berdasarkan penilaian  Program Pecutan Awal Cemerlang SPM  pada bulan Mac tahun ini menunjukkan pelajar amat berpuashati dan mengharapkan tips yang seterusnya dari penceramah. Majlis di mulakan dengan penyampaian button badge kepada 95 orang pelajar Champion oleh Pn Roslina Bt Che Omar selaku pengetua SMKJB. Dalam ucapan beliau mengharapkan pelajar-pelajar SPM kekal semangat dan bermotivasi tinggi utk menghadapi peperiksaan SPM. Antara intipati program ini ialah memastikan sasaran adalah jelas,pengurusan masa,kepentingan latih tubi , hormati...

Program Bual Bicara Denggi

Program Bual Bicara Denggi telah diadakan pada hari Isnin  13/7/2015 di Dataran Ilmu SMKJB dengan tajuk Denggi, - bahaya,  kesan Dan Peranan komuniti. Sesi diskusi selama 1 jam  ini merupakan satu platform utk menghebahkan info mengenai bahaya wabak denggi. Program dianjurkan oleh Unit Anti Aedes Dan Pencegahan Denggi SMKJB. SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK DAN AHLI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT.

Kem Kepimpinan PRS

Kem Kepimpinan PRS @Eksplorasi Daya Kerjaya anjuran unit Bimbingan & Kaunseling dan Kelab Bimbingan dan Kerjaya telah berlangsung pada 29 Mei dan 30 Mei 2015 bertempat di PD Santuary Training Apartment.Objektif kem ini ialah utk menggilap sifat kepimpinan dan jati diri Pembimbing Rakan Sebaya agar PRS dapat mempertingkatkan diri dgn kemahiran membantu dan sikap prihatin terhadap rakan sekolah.  Kem ini juga menjadi medan menggilap daya kepimpinan PRS Bistari dan tahap PRS lain. Di akhir program dalam Majlis Penutup, PK1 selaku wakil Pentadbir telah hadir Menyempurnakan majlis bagi mengikhtiraf bakat kepimpinan PRS.

Program Champion

Program Champion ialah hasil cetusan idea Tuan Pengarah JPN Selangor utk membantu m urid murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan yg bersistem dan berfokus bagi mewujudkan budaya belajar yg efektif dan persaingan yg sihat melalui kumpulan rakan sebaya seterusnya meningkatkan bilangan murid yg mencapai minimum6A + B. Program Champion S MK Jalan Bukit telah mula disusun bermula bulan Jun 2015. Seramai 95 orang murid tingkatan 5 iaitu calon-calon SPM target cemerlang dipilih untukprogram ini.Setiap kumpulan terdiri drpd  4 hingga 5 orang murid dan akan diteguhkan dengan seorang guru pakar@fasilititator. Semasa taklimat kpd peserta, Pn Hajah Roslina Bt Che Omar menekankan   setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang penting, masing masing harus menggunakan kekuatan utk bantu rakan yang lemah. Bergerak senada d'Bukit di persada

Program AISEC

Pada 28 April 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pasukan AIESEC UKM telah menganjurkan Program AIESEC. Objektif program ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu alam sekitar dan keperluan kitar semula bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap persekitaran .  Program ini dikelola oleh fasilitator dari Malaysia,India, Egypt dan Vietnam yang meminta semua pelajar untuk menghargai keamanan kerana peperangan lebih membawa kepada kemusnahan alam sekitar. Kehadiran 5 orang fasilitator dari luar negara telah memberi pendedahan kepada murid.-murid tentang kebudayaan negara lain. Seramai 120 orang murid dari kelas 4SN1,4SN2,4ST dan 4AK telah menyertai program ini. Pengisian program, terdiri daripada ceramah ,tayangan video dan Latihan Dalam Kumpulan  Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Pasukan AIESEC UKM, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yang secara langsung dan tidak lang...

Majlis Penetapan Target 2015

Serentak dengan Hari Temu Mesra pada Sabtu yang lepas, Majlis Penetapan KPI setiap subjek untuk setiap kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5 tahun 2015 juga telah diadakan. Penetapan KPI ini selari dengan KPI SMKJB iaitu untuk meningkatkan GPS ke 4.9 dan seterusnya kembali mencapai Band 4.

Hari Temu Mesra 1/2015

Pada hari Sabtu yang lalu 25 April 2015 telah diadakan hari pertemuan antara ibu bapa dan guru bagi membincangkan prestasi dan target anak-anak SMKJB. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir bagi menandakan anda cakna pelajaran anak-anak anda. 

Kami Sentiasa Menuju Persada

Rentetan daripada kemenangan di Peringkat Zon Kajang, pada 23/4/15 pasukan drama Bahasa Inggeris SMKJB telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Peromgkat  Daerah Hulu langat 2015 dan 'Best Actor Award' dirangkul oleh Roshhan a/l Mathivanan dari 5 Sains 1. 

Program Pameran Kerjaya

Pada 15 April 2015 Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan Program Pameran Kerjaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang-peluang pendidikan di IPTA dan IPTS yang terdapat di dalam negara dan seterusnya mendapatkan maklumat kerjaya demi perancangan awal utk masa hadapan. Sebanyak 18 IPTS dan IPTA telah menyertai pameran yang mendapat sambutan baik daripada para pelajar tingkatan 4 dan 5. Pujian diberikan oleh pihak konsultansi yang telah mengurus program ini selama 3 tahun di SMK Jalan Bukit bahawa mutu pelajar-pelajar SMKJB tahun ini lebih baik, begitu menghargai dan berusaha mencari maklumat sebaikya. Pameran ini turut dikunjungi oleh YDP PIBG, Pn Gulunara Bibi beserta SU PIBG, Pentadbir dan guru-guru. Seuntai kata YDP PIBg memuji program ini sangat bagus kerana pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang peluang-peluang pendidikan dan dan prospek kerjaya masa hadapan. Unit Bimbingan dan Kaunseling meng...

Program Dirimu Sangat Berharga

Pada 17 April 2015 Panitia Moral bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Dirimu Sangat Berharga. Program ini secara umumnya mendedahkan kepada semua pelajar isu pembuangan bayi menerusi Pameran yang dikelola oleh pelajar MMU. Aktiviti ceramah pula bertujuan untuk membantu murid-murid sasaran mengenal diri,menghargai diri dan membina matlamat diri . Program ini turut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin agar melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi secara menyeluruh. Pengisian program ini terdiri daripada pameran ,tayangan video dan ceramah. Penceramah dalaman adalah Pn Kaladevi A/P Arumugam selaku Ketua Panitia Moral . Pelajar-pelajar moral diminta mengemukakan isu pembuangan bayi mengikut nilai moral secara spontan berdasarkan pandangan dan pemahaman masing-masing. Penceramah jemputan pula adalah Datin Shamsiah dari Orphan Care. Beliau berkongsi pengala...

SMKJB Juara Lagi!!!

Pada hari ini 15/4/2015 sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai pertandingan drama Bahasa Inggeris Peringkat Zon Kajang di SMK Yu Hua dan SMKJB berjaya mendapat Johan! Pada 23/4 /15 pasukan drama SMKJB akan bertanding dengan 5 buah sekolah yang lain di peringkat daerah bertempat di SMK Yu Hua juga. Semoga kita akan terus meraih gelaran Juara. 

Program Perkembangan Sahsiah

Pada 3 April 2015 Panitia Moral bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Perkembangan Sahsiah .Penceramah jemputan adalah Encik Shaik Faizul Bin Amir Bacha iaitu pensyarah dari Kolej Portman. Beliau  menekankan bahawa  setiap pelajar haruslah berakhlak mulia, berdisiplin dan rajin semasa menuntut ilmu pengetahuan.Setiap orang mempunyai keunikan, rebut peluang yang ada dengan cara yg sihat barulah akan  berjaya. Beliau meminta para pelajar  menghormati guru kerana guru merupakan insan yg bertanggungjawab mendidik anak-anak murid disekolah. Beliau turut berkongsi pengalamannya semasa muda iaitu beliau bukanlah pelajar yang tergolong cemerlang tetapi akhirnya  berjaya memperolehi segulung ijazah dalam bidang undang-undang.

Kembara Kerjaya

Pada 28Mac 2015 Unit bimbingan dan kaunseling telah menganjurkan program Kembara Kerjaya bersama Kolej Universiti Antarabangsa Inti. Objektif program ini ialah memberi pendedahan lapangan kepada pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di kolej iaitu peringkat  pembelajaran selepas SPM . Aktiviti berbentuk bengkel di dalam makmal komputer bagi membolehkan murid menyelami bidang kerjaya Multimedia,  Tech Gadgets,  Networking,  Programming  dan Software engineering. Seramai 106  mrd tingkatan 5 dan 10 orang PRS dan 3 orang guru kaunselor telah mengikuti program ini yang bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa Inti ,Nilai, Negeri Sembilan. Program berlangsung sehingga pukul 2.30 petang dan turut dihadiri oleh 4 buah sekolah lain.

Program Rimbunan Kasih

Pada 30 Mac 2015 Program Rimbunan Kasih (Amalan Guru Penyayang) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling diteruskan bulan MAC ini  dgn  penyampaian cenderamata guru dan murid yg lahir bagi bulan Mac di ikuti majlis memotong kek harijadi yang diketuai oleh Pn Hajah Roslina Bt Che Omar dimana hari jadi beliau jatuh pada bulan Mac. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  AGP amat dihargai dan kekal berterusan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Pembersihan Sekolah atas sumbangan kek harijadi tersebut. Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.

NIE (Newspaper In Education)

Pada 26 MAC 2015 yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris SMK Jalan Bukit telah menganjurkan NIE (Newspaper In Education). Program ini diadakan di Dewan Ilmu, SMK Jalan Bukit. Ko ordinator yang hadir merupakan bekas guru di sekolah ini iaitu Puan Mallika Vasugi. Puan Hajjah Roslina Omar, Pengetua SMK Jalan Bukit, turut hadir dan memberi galakan  dan motivasi kepada murid-murid serta guru-guru agar menjalankan program NIE di kelas masing-masing.  Antara objektif program ini ialah:  i.    Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.  ii.   Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak         pemikiran  dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.  iii.  Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh        itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.  iv.  Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh deng...

Program Pecutan Awal SPM 2015

Program pecutan awal cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 25 Mac 2015 bertempat di auditorium Kolej Universiti New Era. Objektif program ini ialah untuk menjana motivasi murid melalui persediaan awal bagi menyemai minda murid cemerlang Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA). Menurut kajian beliau ,berdasarkan statistik ramai murid sekolah mempunyai resisten ulangkaji awal dengan berbagai alasan,mereka fikir masa masih ada dan boleh tangguhkan ulangkaji. Faktor ini mengakibatkan murid leka dengan aktiviti yang mereka suka seperti sukan, persatuan, FB, mainan komputer dan sebagainya. Oleh itu, program ini dilaksanakan agar murid mampu mengimbangi keperluan bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan lebih bersistem dan berkesan. Program ini telah mendapat sambutan yg baik dalam kalangan murid tingkatan 5 di mana peratusan kehadiran pelajar mencapai sebanyak 83%. Unit bimbingan dan kaunse...