Skip to main content

MAJLIS KHATAM AL QURAN OWOJ 1

LAPORAN : MAJLIS KHATAM AL QURAN OWOJ 1

Objektif:
a) Menanamkan kecintaan pada guru-guru agar berterusan membaca Al Quran
b) Memupuk Silatur Rahim di kalangan gur-guru Asbab Al Quran

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti             : Majls Khatam Al Quran Owoj
Tarikh              : 26 Januari 2018 @ Jumaat
Tempat             : Surau Jabal Nur SMK Jalan Bukit, Kajang
Sasaran            : Semua guru wanita Islam
Perbelanjaan     : Infa’ Guru-guru

Laporan Aktiviti :
Majlis ini bermula pada pukul 12.45 tengahari dipimpin oleh Ustazah Zunaida. Para guru yang telibat telah mengambil tempat di bahagian hadapan surau. Al Quran yang tersusun diatas rehal-rehal telah siap disediakan kan oleh murid-murid yang sukarela bersama membantu dan memeriahkan majlis. Doa khatam telah dipimpin oleh Ustazah Radhiah.. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran puan pengetua yang telah berucap sebelum majlis berakhir.Guru-guru yang hadir diberi dua jam untuk LADAP. Majlis bersurai dengan jamuan yang sedia dibungkus

Kekuatan:
1. Sokongan dari pentadbir
2. Kerjasama yang baik dari guru-guru Islam

Kelemahan:
1. Kekangan  masa @ masa guru pulang ke rumah
2. Guru yang sepetutnya bersama ada komitmen yang lebih utama         
Penambahbaikan:

1. Melaksanakan majlis ini masa yang boleh dihadiri oleh  lebih ramai guru


Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

Pada tahun ini, Kelab Pencegahan Jenayah telah diamanahkan diletakkan di bawah unit Disiplin. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan. Di antara aktiviti kelab ini sehingga bulan april adalah Mesyuarat Agong, aktiviti menyediakan banner untuk unit disiplin,  mengecat dan menceriakan bilik DMasa