Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

MAJLIS TEMU MESRA PAT 2019

Majlis Temu Mesra ini dibuat untuk memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa /penjaga berbincang dengan guru mata pelajaran anak-anak mereka tentang keputusan peperiksan akhir tahun dan sahsiah anak-anak mereka sepanjang persekolahan tahun 2019. Adalah diharapkan semua pihak dapat merancang cara bagi mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka, agar dapat memperbaiki pencapaian pada tahun hadapan. Gambar-gambar disekitar majlis yang telah berlangsung pada sesi pagi dan petang..... MAJLIS TEMU MESRA SESI PETANG

Program Melentur Buluh Unit Disiplin

Pada 22 Ogos 2019 ( khamis) satu program khas telah dilaksanakan untuk memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid sesi petang  mengenai disiplin seperti rokok, vape, ponteng, kes berpasangan dan lain-lain lagi. Puan Hjh. Ruzihan PK HEM memberikan amanat kepada murid-murid agar dapat fokus dalam aktiviti pdpc mahupun kokurikulum. Jangan sekali-kali cuba melibatkan diri dengan perkara mencemar maruah diri dan menyusahkan ibu bapa. Taklimat ini telah disampaikan oleh ketua disiplin sesi pagi iaitu Pn. Hjh. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz.

Program Kasih Pelajar India

Pada 23 Ogos 2019, satu program khas telah dilaksanakan untuk memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid berbangsa India  mengenai disiplin seperti rokok, vape, ponteng, kes berpasangan dan lain-lain lagi Taklimat ini telah diadakan di Dewan Ilmu pada jam 7.30 pagi. Taklimat ringkas ini telah disampaikan oleh ketua disiplin sesi pagi iaitu Pn. Hjh. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz.

Program Kasih Pelajar Islam

Pada 23 Ogos 2019, satu program khas telah dilaksanakan untuk memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid Islam  mengenai disiplin seperti rokok, vape, ponteng, kes berpasangan dan lain-lain lagi Taklimat ringkas ini telah disampaikan oleh ketua disiplin sesi pagi iaitu Pn. Hjh. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz.

LADAP PENYEDIAAN ASSIGNMENT DI DALAM GOOGLE CLASSROOM

LADAP PENYEDIAAN ASSIGNMENT DI DALAM GOOGLE CLASSROOM Maklumat Pelaksanaan : Tarikh              : 19 November 2019 ( 12.15 – 2.15 tengah hari) Tempat            : Anjung Siber A, Makmal Komputer Sasaran           : Guru-guru sesi pagi dan petang SMK Jalan Bukit Penyeliaan       : Pn Koay Sim Bee   & Pn Puteri Fairose (pembantu) Kesinambungan Ladap Google Classroom 1 (yang telah diadakan pada bulan September) daripada Guru Penasihat Kelab, Pn. Koay Sim Bee dibantu oleh Pn. Fairose kepada guru-guru berkaitan pembinaan item-item asas menerusi Assignment dan Quiz di dalam Google Classroom   seperti   pembinaan item berbentuk Objektif, pilihan jawapan pendek dan soalan subjektif mengisi tempat kosong.

ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI 2019 (FASA 2)

Program penyampaian Anugerah Sahsiah Terpuji telah diadakan pada 1 November 2019.  Seramai 117 orang murid Sekolah Menengah Jalan Bukit sesi pagi telah dianugerahkan Sijil Hang Tuah (lelaki) dan Tun Teja (perempuan). 

PENGAGIHAN TOPENG JEREBU KEPADA MURID-MURID SMK JALAN BUKIT PADA 18 SEPTEMBER 2019

PENGAGIHAN TOPENG JEREBU KEPADA MURID-MURID SMK JALAN BUKIT  PADA 18 SEPTEMBER 2019

CERAMAH MOTIVASI DAN DISIPLIN MURID-MURID INDIA SMKJB

Pada 21 Jun 2019, sesi Ceramah Motivasi dan Disiplin Murid-murid India sesi pagi dan petang telah diadakan. Antara objektifnya adalah: Menjauhkan murid dari gejala sosial. Memberikan kesedaran tentang tanggungjawab diri sebagai seorang murid. Menyedarkan kepentingan berakhlak mulia dan hidup bebas daripada pengaruh unsur-unsur negatif. Mewujudkan budaya sihat di sekolah melalui tingkahlaku dan perlakuan positif.

Program Lestari Hijau & Jalinan Bestari SMKJB 2019

Pada 19/11/2019 pihak sekolah telah melancarkan majlis penutupan Program Lestari Hijau & Jalinan Bestari bersama Universiti Nilai dan Kolej Universiti New Era. Antara objektifnya ialah: 1. Mmupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. 2. Mengenali kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 3. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan   amalan hidup lestari