Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019
MAJLIS ANUGERAH Q ASPIRASI 2018 Tarikh                    :         27 April 2019   / Sabtu Tempat                    :         Auditorium Kolej Universiti New Era Sasaran                   :        Semua murid dan Ibu Bapa yang terpilih . Majlis telah dapat dijalankan dengan lancar hasil kerjasama AJK program, pihak PIBG , semua murid dan ibu bapa / penjaga yang hadir. (416 orang hadir)  Ucapan Alu-aluan oleh Pn Hjh Roslina bt Che Omar Ucapan Perasmian oleh Pn Gulunara BB Anugerah kepada tokoh-tokoh murid Penghargaan juga diberikan kepada guru-guru Murid-murid cemerlang SPM 2018 yang mendapat 5A dan ke atas iaitu seramai 28 orang                                                                                              

PROGRAM i-DISCOVERY KERJAYA Artificial Inteligents

Bertempat di Universiti Antarabangsa INTI, program yang saban tahun dilaksanakan bagi memberi pendedahan kerjaya dan suasana di universiti pada calon SPM SMK Jalan Bukit tahun 2019.  Pada 13 April 2019, pihak INTI telah menawarkan 3 buah bas bagi membawa seramai 120 orang murid tingkatan 5 bagi mengikuti program.  Bidang kerjaya semasa iaitu Artificial Inteligents telah didedahkan kepada murid-murid untuk diterokai.  Program ini turut dihadiri oleh sekolah-sekolah lain sekitar Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan.  Semoga program ini membawa manfaat kepada murid-murid bagi memacu motivasi mereka melalui hala tuju kerjaya yang jelas. Bergerak Senada dBukit dPersada Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

MAJLIS ANUGERAH PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN

Bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam pada 23 March 2019 disempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah bagi Pertandingan Laluan dan Bilik Sumber PPDa peringkat Kebangsaan.  SMK Jalan Bukit yang mewakili Negeri Selangor bagi tahun 2018 telah membawa pulang trofi dan cheque kemenangan berjumlah RM1500.00 kerana berjaya mendapat tempat ke 3 Laluan PPDa Peringkat Kebangsaan.  Sumbangan hadiah adalah dari PEMADAM dan Unit PPDa, JPN Selangor. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Unit PPDa bersama Pentadbir SMK Jalan Bukit telah hadir bagi mewakili warga SMK dBukit yang telah mencurahkan seluruh komitmen dan aspirasi bagi menjayakan dan memastikan nama Selangor terpahat di peringkat Kebangsaan.

KEM KEPIMPINAN PRS SULONG PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2019

Saban tahun, Unit Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan kolaborasi dengan sekolah berhampiran bagi memastikan sayap kanannya iaitu Pembimbing Rakan Sebaya yang telah mencapai peringkat Sulong dapat menyertai sekiurang-kurangnya 1 kem di peringkat Daerah. Alhamdulillah bagi tahun 2019, seramai 97 orang peserta dari 4 buah sekolah telah dikumpulkan di Laman Idaman Nurani Hulu Langat bermula dari 5 April 2019-7 April 2019.  Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Samsol, KOD Daerah Hulu Langat. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan daya kepimpinan dan tolenrasi peserta selaras dengan imejnya sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Mengekalkan modul kepimpinan peringkat Sulong dengan suntikan TS25, komunikasi, kepimpinan, interpersonal, team building menjadi asas peningkatan kendiri PRS. Semoga program Kepimpinan PRS dapat mengembangkan lebih potensi PRS agar berupaya 'Bantu Diri Supaya Dapat Bantu Orang Lain&

NUTURING LEADER CAMP 2019

Pada 15  - 17 Mac 2019 kem Pengawas dengan tema 'Nuturing leaders' telah pun diadakan di Kem Alang Ria Gombak. Seramai 132 orang pengawas telah melibatkan diri dalam kem tersebut. Berikut adalah coretan gambar untuk memori indah para pengawas. Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kem ini. Semoga akan menjadi pengalaman indah untuk diingati di masa depan.