Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Perbarisan Upacara Penanugerahan Panji-panji St. John Ambulans Malaysia & Perbarisan Kebangsaan 2018 (National Parade)

Pasukan St.John SMKJB yang diwakili oleh Hiew Chai Yong (4A) ,Lee Evan (3A) dan Loh Jun Deng (3A) telah menyertai perbarisan Upacara Penanugerahan Panji-panji St. John Ambulans Malaysia & Perbarisan Kebangsaan 2018 (National Parade) yang berlangsung pada 8 September 2018 bertempat di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya. Acara yang dianjurkan oleh St. John Ambulance Malaysia ini telah memberikan pengalaman yang berharga bagi mereka. Semoga pasukan St.John SMKJB akan terus maju.Tahniah.

Pertandingan Kemahiran Kebombaan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018

Pada 14 Mac 2018 telah diadakan Pertandingan kawad kaki dan kawad operasi berhalangan kering Peringkat Negeri Selangor di Balai Bomba Sungai Besar, Selangor. Daerah Hulu Langat telah memenangi tempat ketiga acara kawad operasi kering. Salah seorang peserta kawad tersebut ialah murid SMK Jalan Bukit iaitu Jacqueline Aren Bilong. Jacqueline juga telah dianugerahkankan sijil pentauliahan pangkat Koperal oleh Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia. Semoga dengan kemenangan Jacqueline ini dapat menyuntik semangat  ahli-ahli kadet bomba yang lain untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.