Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Pembukaan Sesi Persekolahan Pasca PKP

Pembukaan Sekolah Pasca PKP (Covid 19) Pada Rabu, 24 Jun 2020, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan termasuk SMK Jalan Bukit, Kajang telah membuka semula sesi persekolahan untuk murid-murid tingkatan 5 dan 6 atas. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta kakitangan sekolah terjamin.  Pada hari tersebut, pihak SMKJB juga telah dilawati oleh pegawai SISC+ PPDHL Pn Norziah bt Amin. Turut hadir adalah pegawai PPS dari IPD Kajang, Tn ASP Jamaludin bin Ahmad dan Tn Sub Inspektor Samsor bin Masrol.