Skip to main content

Program Pameran Kerjaya

Pada 15 April 2015 Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan Program Pameran Kerjaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang-peluang pendidikan di IPTA dan IPTS yang terdapat di dalam negara dan seterusnya mendapatkan maklumat kerjaya demi perancangan awal utk masa hadapan. Sebanyak 18 IPTS dan IPTA telah menyertai pameran yang mendapat sambutan baik daripada para pelajar tingkatan 4 dan 5. Pujian diberikan oleh pihak konsultansi yang telah mengurus program ini selama 3 tahun di SMK Jalan Bukit bahawa mutu pelajar-pelajar SMKJB tahun ini lebih baik, begitu menghargai dan berusaha mencari maklumat sebaikya. Pameran ini turut dikunjungi oleh YDP PIBG, Pn Gulunara Bibi beserta SU PIBG, Pentadbir dan guru-guru. Seuntai kata YDP PIBg memuji program ini sangat bagus kerana pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang peluang-peluang pendidikan dan dan prospek kerjaya masa hadapan.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pentadbir , Pn Gulunara Bibi ,guru-guru dan Pembimbingan Rakan Sebaya serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan program ini. Bergerak Senada d Bukit d Persada.



Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.