Skip to main content

Program Dirimu Sangat Berharga

Pada 17 April 2015 Panitia Moral bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Dirimu Sangat Berharga. Program ini secara umumnya mendedahkan kepada semua pelajar isu pembuangan bayi menerusi Pameran yang dikelola oleh pelajar MMU. Aktiviti ceramah pula bertujuan untuk membantu murid-murid sasaran mengenal diri,menghargai diri dan membina matlamat diri . Program ini turut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin agar melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi secara menyeluruh. Pengisian program ini terdiri daripada pameran ,tayangan video dan ceramah.
Penceramah dalaman adalah Pn Kaladevi A/P Arumugam selaku Ketua Panitia Moral . Pelajar-pelajar moral diminta mengemukakan isu pembuangan bayi mengikut nilai moral secara spontan berdasarkan pandangan dan pemahaman masing-masing.
Penceramah jemputan pula adalah Datin Shamsiah dari Orphan Care.
Beliau berkongsi pengalamannya di Orphan Care dan menjelaskan bahawa matlamat Orphan Care adalah untuk memberi setiap anak dan bayi terbiar kasih sayang, perhatian dan keselamatan sebuah keluarga. Beliau menyatakan bahawa setiap isu pembuangan bayi boleh dielakkan sekiranya setiap remaja menanamkan sifat jati diri yang teguh seperti meletakan hargai diri yang tinggi , kenali dan sayangi diri.
Beliau menasihat para pelajar hendaklah mengetahui batas-batas pergaulan antara jantina. Beliau turut mengingatkan para pelajar berkongsi setiap masalah dengan ibu bapa dan guru bukan hanya dengan rakan sebaya sahaja.
Unit Bimbingan dan Kaunseling diwakili Ketua Unit, Pn.Zurina binti Zaini mengucapkan syabas kepada peserta yang berjaya mengikuti program ini dan melihatnya sebagai satu peluang peningkatan ilmu untuk kegunaan diri bagi membantu diri mahupun rakan-rakan lain bagi menangani masalah sosial kini.
Panitia Moral dan Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Orphan Care, pihak pentadbir,guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yg secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan program ini.
Bergerak senada d'bukit d'persada.





Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .