Program Pecutan Akhir Cemerlang SPM 2015 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 12 Ogos 2015 bertempat di Auditorium Kolej Universiti New Era.
Objektif program ialah menyuntik semangat pelajar SPM supaya meningkatkan persediaan ke tahap maksima bagi mencipta kejayaan cemerlang.
Penceramah program adalah pakar motivasi En Hilter Yew dari Biogenic Aura Crest Academy (BACA).Beliau di jemput sekali lagi berdasarkan penilaian Program Pecutan Awal Cemerlang SPM pada bulan Mac tahun ini menunjukkan pelajar amat berpuashati dan mengharapkan tips yang seterusnya dari penceramah.
Majlis di mulakan dengan penyampaian button badge kepada 95 orang pelajar Champion oleh Pn Roslina Bt Che Omar selaku pengetua SMKJB. Dalam ucapan beliau mengharapkan pelajar-pelajar SPM kekal semangat dan bermotivasi tinggi utk menghadapi peperiksaan SPM.
Antara intipati program ini ialah memastikan sasaran adalah jelas,pengurusan masa,kepentingan latih tubi
, hormati maruah diri,persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan. Penceramah turut menyarankan satu motto kepada calon SPM iaitu 'Jadikan buku sahabat kamu, dan kawan sebagai musuh kamu' bermaksud penggunaan masa secara optima dengan sentiasa memastikan buku ada di tangan pelajar.
Unit bimbingan dan kaunseling mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kpd Kolej Universiti New Era di atas sumbangan demi menjayakan program ini serta penghargaan kepada Biogenic Aura Crest Akamemi (BACA) ,pentadbir, guru-guru dan anak-anak PRS yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam menjayakan program ini.
Bergerak senada d'bukit dipersada.
Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .
Comments
Post a Comment