Skip to main content

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Pada 25 April 2016 (hari Isnin), Unit PSS dan Unit Nilam telah menyahut seruan KPM dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor untuk menyertai Program Jom Membaca Bersama 10 Minit. Program ini telah bermula tepat pada jam 11 pagi hingga 11.10 pagi. Ia melibatkan seramai 1150 orang murid Tingkatan 3, 4 dan 5, 68 orang guru sesi pagi, staf sekolah dan pengawal keselamatan di sekolah. Program Jom Membaca Bersama 10 Minit ini meliputi seluruh kawasan sekolah iaitu di dalam kelas, bengkel Kemahirab Hidup, Makmal Sains, Bilik khas Matematik, Bilik Kaunseling, Pejabat, Pondok Jaga, Perpustakaan, Koperasi dan sekitar sekolah.

Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa aktiviti membaca sangat penting untuk menambah ilmu pengetahuan dan merupakan satu budaya yang perlu ditekankan dalam kehidupan. Hal ini kerana amalan membaca dapat menjauhkan warga sekolah daripada budaya yang sia-sia. Bersesuaian dengan slogan Membaca Amalan Mulia, warga sekolah digalakkan mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan mengisi masa lapang.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

Pada tahun ini, Kelab Pencegahan Jenayah telah diamanahkan diletakkan di bawah unit Disiplin. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan. Di antara aktiviti kelab ini sehingga bulan april adalah Mesyuarat Agong, aktiviti menyediakan banner untuk unit disiplin,  mengecat dan menceriakan bilik DMasa