Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS

Unit Pusat Sumber SMK Jalan Bukit telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Cemerlang SMK Syahbandaraya, Klang pada 27 April 2016 , Rabu.
Lawatan tersebut melibatkan 40 orang pengawas Pusat Sumber Sesi pagi dan petang dari Tingkatan 1 hingga 5.
Bermula jam 8 pagi dan sampai di SMK Syahbandaraya, Klang pada jam 9.15 pagi, kami telah disambut oleh warga sekolah tersebut dengan meriah. Rombongan lawatan kami dibawa ke Bilik Seminar dan kami diberi taklimat tentang Pusat Sumber Cemerlang SMK Syahbandaraya yang disampaikan oleh Guru Perpustakaan dan Media sekolah tersebut iaiti Puan Norul Ain.
Selesai sesi taklimat, acara menandatangani MOU antara Pusat Sumber Cemerlang SMK Syahbandaraya dan Pusat Sumber SMK Jalan Bukit telah diadakan.
Tepat jam 11 pagi, kami di bawah melawat sekitar sekolah dan juga Pusat Sumber Cemerlang.
Lawatan berakhir pada jam 3.00 petang.
Objektif lawatan adalah
1. Mempelajari cara pengurusan dan pentadbiran pusat sumber yang betul.
2. Memberi pendedahan kepada pengawas cara menjalankan tugas dengan baik
3. Berkongsi dan bertukar2 pendapat dalam mewujudkan satu suasana pusat sumber yang baik
4. Menambahkan pengetahuan dan meluaskan pengalaman dalam pengurusan pusat sumber cemerlang
5. Mengetahui peranan Jawatankuasa dalam pengurusan Pusat Sumber cemerlang

Lawatan berjalan lancar dan sempat berjumpa serta mendapat nasihat daripada  Pengetua SMK Syahbandaraya, Klang tentang peranan Pusat Sumber yang sebenar.
Sesi lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar Unit PSS dan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Jalan Bukit, Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .