Skip to main content

PROGRAM GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 9 April 2016, Unit PSS telah mengadakan Program Gotong Royong Siri 1/2016. Program ini diadakan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Ia melibatkan 4 orang guru Pusat Sumber dan 30 orang pengawas PSS Sesi Pagi dan Petang.

Agenda gotong royong tersebut adalah seperti berikut ;
1. Membuat susun atur ruang terbuka di perpustakaan
2. Menghias ruang kaunter sirkulasi perpustakaan
3. Membersihkan ruang terbuka perpustakaan
4. Melukis mural di perpustakaan
5. Menggantung kata- kata hikmah di dinding perpustakaan
6. Menghiasa ruang terbuka perpustakaan

Objektif program ;
1. Mewujudkan suasana perpustakaan dalam keadaan bersih dan kemas
2. Memastikan keselesaan pengguna semasa berada di perpustakaan
3. Menggalakkan pengguna kerap berkunjung dan menggunakan perpustakaan untuk aktiviti akademik
4. Memudahkan pengguna mendapat sumber maklumat di perpustakaan
5. Memastikan perpustakaan memainkan peranan dalam menyalur sumber maklumat yang berguna kepada pengguna

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.