Skip to main content

MAJLIS TEMU MESRA DAN PENETAPAN TARGET TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 2018

LAPORAN : MAJLIS TEMU MESRA DAN PENETAPAN
TARGET TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 2018

Objektif:
1.     Menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa/ penjaga bertemu secara langsung dengan guru
 kelas atau guru mata pelajaran  anak mereka.
2.     Bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat mengenai anak jagaan mereka dengan 
para guru.
3.     Membantu meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
4.     Meningkatkan keyakinan ibu bapa / penjaga tentang program-program sekolah dalam semua 
bidang.
5.     Menyediakan ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui target / matlamat sekolah terhadap 
pencapaian peperiksaan PT3 dan SPM.
6.     Menjauhkan murid dari pengaruh dadah melalui pencapaian sahsiah dan akademik yang cemerlang

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti :        Temu Mesra dan Penetapan Target
Tarikh :         8 Mac 2018
Tempat :       Dataran Ilmu   
Sasaran :       Ibu bapa / Penjaga dan Murid-murid tingkatan 3 dan 5
Laporan Aktiviti :
Aktiviti berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru tingkatan, murid-murid dan ibu bapa / penjaga. 
Kekuatan:
  1. Aktiviti berjalan seperti yang dirancang.
  2. Semua murid memberi kerjasama serta sangat komited.
  3. Ibu bapa / penjaga hadir walaupun dimaklumkan pada saat-saat akhir.
Kelemahan:
  1. Masa yang diadakan pada hari berkerja oleh itu kehadiran ibu bapa kurang.

Penambahbaikan:

  1. Majlis ini diadakan pada masa dan hari yang lebih sesuai.





Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

Pada tahun ini, Kelab Pencegahan Jenayah telah diamanahkan diletakkan di bawah unit Disiplin. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan. Di antara aktiviti kelab ini sehingga bulan april adalah Mesyuarat Agong, aktiviti menyediakan banner untuk unit disiplin,  mengecat dan menceriakan bilik DMasa