Skip to main content

KILAUAN PERMATA 3 DAN 5

LAPORAN : KILAUAN PERMATA 3 DAN 5

Objektif:
a) Mengulangkaji konsep-konsep mata \pelajaran yang telah dipelajari
b) Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat
c) Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan PT3/SPM
d) Menjauhkan murid dari gejala dadah melalui aktiviti kelas tambahan

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti             :Kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan 3 dan tingkatan 5
Tarikh              : 28 April 2018 (Sabtu)
Tempat             :Bilik Darjah 
Sasaran            : Semua murid tingkatan 3 dan 5
Perbelanjaan     : Peruntukan PPA

Laporan Aktiviti :
Aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Kekuatan:
1. Kehadiran dan komitmen guru-guru amat baik.
2. Murid-murid yang hadir menepati masa yang telah ditetapkan.

Kelemahan:
  1. Tidak semua murid hadir seperti yang disasarkan. (KP3 69.65% & KP5 63.21%)

Penambahbaikan:
1.Pihak pentadbir telah mengambil tidakan tegas terhadap murid yang tidak hadir.
2.Kempen serta makluman kepada murid dan ibu bapa akan diteruskan serta akan diwar-warkan dalam sistem pesanan ringkas ibu bapa.





Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.