Pada 19 Januari 2018 (Jumaat), Kejohanan Merentas Desa SMK Jalan Bukit 2018 telah dijalankan. Kejohanan tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Kejohanan yang merupakan acara tahunan ini dapat membina kecergasan fizikal dan mental selain daripada memupuk semangat kerjasama dikalangan warga D'Bukit dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua .pihak untuk menjayakannya.Semangat perpaduan juga dapat diwujudkan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .Kejohanan ini juga dijalankan untuk memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah Hulu Langat nanti. Syabas diucapakan kepada warga D'Bukit di atas kerjasama dan kelancaran Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat pingat dalam acara kejohanan ini.
Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.
Comments
Post a Comment