Skip to main content

BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK JALAN BUKIT 2018

Bengkel Kepimpinan Dan Pengurusan Kokurikulum anjuran Unit Kokurikulum SMK Jalan Bukit telah dilaksanakan pada 2 Februari 2018 bertemakan Pemimpin Cemerlang d’Bukit Gemilang.  Peserta bengkel terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha serta AJK tertinggi Kelab/Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan Permainan seramai 158 orang.  Fasilitator yang terlibat adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada Penyelaras unit Kelab Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan Permainan dan dibantu oleh AJK Unit Kokurikulum SMK Jalan Bukit.  Program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12,30 petang.

Antara objektif program adalah untuk:
a)  Memberikan peluang murid menunjukkan potensi diri sebagai pemimpin.
b)  Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan
c)  Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
d)  Menarik minat murid terhadap aktiviti berpersatuan.
e)  Menambah pengetahuan serta memberikan kesedaran tentang peluang kerjaya.

Bengkel dapat dijalankan dengan lancar seperti yang dirancang.  Pengisian program adalah bersesuaian dengan keperluan bengkel.  Bengkel  mendapat komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua AJK Pelaksana dan peserta.  Majlis penutup dan Penyampaian Hadiah telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Roslina bt Che Omar, Pengetua SMK Jalan Bukit.















Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .