Skip to main content

PENILAIAN DAN PENARAFAN LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa bagi Peringkat Negeri Selangor adalah untuk menentukan kedudukan di antara kelompok 3 buah sekolah yang telah layak untuk ke peringkat akhir.

Sebagai persediaan menyambut kehadiran panel penilai, warga SMK Jalan Bukit telah membuat persediaan samada dari segi persembahan sambutan, pembangunan dan keceriaan stesen serta persembahan murid di setiap stesen.

Seramai 105 orang murid telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti dengan komitmen padu seluruh Pentadbir dan warga guru bagi menyahut cabaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) perlulah merentasi bidang kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid serta menekankan kemenjadian murid.

Latihan dilaksana secara berperingkat bagi memantapkan persembahan murid.


serta mendapat komitmen padu dari Pn. Gulunara Bibi selaku YDP PIBG yang turut serta memantau persembahan murid semasa latihan. 




Latihan persembahan juga turut dipantau oleh PK HEM bagi mneguhkan isi persembahan.


Menjelang hari penarafan, satu program gotong royong telah dijalankan bagi menceriakan kawasan sekolah.






Tanggal 15 Februari 2017
3 panel penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan PPD  telah hadir ke SMK Jalan Bukit bagi memberi penarafan kepada Laluan PPDa SMK Jalan Bukit.


Penyelia PPDa Jabatan PelajaranNegeri Selangor Tuan Hj Ghazali bin Mohd Anuar,
Ketua Hakim Tuan Haji Idros dan Tn Hj Mohd Nasir dari Pejabat Pelajaran Daerah. Turut hadir En. Musliha Safry, Pen. PPD bahagian Pencegahan Dadah dan Disiplin PPD Hulu Langat.





Kumpulan persembahan yang membuka tirai sambutan di pimpin oleh guru penasihat Kelab Kebudayaan SMK Jalan Bukit iaitu Puan Rosliza dan En. Abdul Razak serta guru silat, Pn. Sharizawati.




Tirai penilaian dan penarafan dibuka dengan bacaan doa, ucapan aluan dari Puan Hjh Roslina bt Che Omar serta taklimat dari Tuan Hj Idrus, selaku ketua Hakim.






Tahniah dan terima kasih  khususnya kepada 
Para pentadbir SMK Jalan Bukit
JK Pelaksana Program Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa SMK Jalan Bukit
Pn. Rosliza dan Encik Razak, Guru Penasihat Kelab Kebudayaan SMKJB
Pn. Ainizam, Guru Pengawas SMKJB
Pn. Haslinda, Guru Media SMKJB
Pn. Ooi Hon Eng, Guru bilik khas Dewan
Pn. Norul Huda, Pn, Wong Gek Chin dan Pn. Nik Arina, Guru Koperasi SMKJB
Pn. Ummi Erna, Penyelaras Kokurikulum SMKJB
Pn. Norfadhilah dan Pn. Siti Zawiyah, Guru Penasihat Kelab Bumi Hijau
Pn. Siti Hawa, Guru PSS (Gazebo Nilam )
Pn. Sita Hajara, Guru Laman Hidroponik
Pn. Zaihadah, Ketua Panatia Sains
Pn. Rozita, Guru pembimbing persembahan murid di makmal sains
Pn. Kartini Maniran, guru kelas 4B
Pn. Norliyanti, Ketua Panitia PSV
Pn. Zaharah bt Bachek, Kaunselor SMKJB
Pn. Siti Aula, GBKSM SMKJB
Pengawas sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Pusat Sumber
Pengawas koperasi
Kumpulan Arjuna d'Bukit
Murid kelas 4B

serta semua murid, guru dan kakitangan SMK Jalan Bukit yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa ke satu tahap yang membanggakan.


'1 MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH'

Fotografi : Bennyhinn Zerubabel /5B
Suntingan : Pn. Zurina Zaini/ SU PPDa



Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .