Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

MEMORI SEPANJANG KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK SEJAGAT SERTA PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI

Tanggal 15 Mac 2017 (Rabu ), karnival Sains dan Matematik Sejagat telah dilaksana  dengan objektif :                # Meningkatkan kesedaran tentang luasnya bidang sains dalam                  menjana inovasi.             #  Menambahkan minat murid terhadap bidang Sains              # Meningkatkan sahsiah diri murid dan kecintaan terhadap alam                      sekitar dan menyedari bahayanya merokok dan   penyalahgunaan dadah. Pelbagai aktiviti menarik dilaksana bagi mewarnai karnival ini yang mendapat kerjasama dari pelbagai agensi seperti : CERAMAH DARI ANGKASAWAN NEGARA   DATO DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA PAMERAN DARI JABATAN METEREOLOGI, PEMADAM, UNIKL DAN FRIM CERAMAH DARI PEMADAM DAN ALPHANIAGA BENGKEL DARI MOSTI  PERSEMBAHAN INTERAKTIF XCITED SCI SHOW Program ini adalah kerjasama erat dari : Bidang Sains dan Matematik Unit Bimbingan dan Kaunseling / PPDa Unit Ko-Kurikulum Persatuan Ibu Bapa dan

TAKLIMAT LATIHAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 2.0

TARIKH   : 27 MAC 2017 (ISNIN) TEMPAT : ANJUNG MUAFAKAT, SMK JALAN BUKIT Program ini telah memberi pendedahan mengenai Program Tranformasi Sekolah 2025 dan cara bagaimana guru-guru dan staf boleh melengkapkan diri untuk menjayakan TS25 di SMK Jalan Bukit dengan jayanya.  Penghargaan kepada semua peserta yang telah menjayakan LADAP Program Transformasi Sekolah (TS25) dengan lancar dan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung.  Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif kepada seluruh warga d’Bukit.

KEM KEPEMIMPINAN PRS SULONG DAERAH HULU LANGAT (ZON KAJANG) TAHUN 2017

Kem Kepemimpinan PRS Sulong Daerah Hulu Langat disertai seramai 27 orang peserta dari SMK Jalan Bukit dan 4 orang murid telah dilantik sebagai Fasilitator. Kem peringkat daerah ini menghimpunkan  seramai 112 orang peserta dan 22 orang guru bimbingan dan kaunseling yang bertindak sebagai urusetia dan mentor. Kem dilaksana pada 28/4/2017 hingga 30/4/2017 selama 3 hari 2 malam di Photon Valley Eco Resort. ' FIND YOURSELF IN THE SERVICE OF OTHERS ' 1 MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH

BENGKEL FASILITATOR KEM KEPEMIMPINAN PRS SULONG DAERAH HULU LANGAT (ZON KAJANG) TAHUN 2017

Bengkel Fasilitator ini melibatkan 20 orang murid dari 5 buah sekolah zon kajang iaitu i) SMK Jalan Bukit, ii) SMJK Yu Hua Kajang, iii) SMK Sultan Abdul Aziz Shah, iv) SMK Saujana Impian dan v) SMK Convent Kajang. Tujuan pelaksanaan bengkel adalah untuk membimbing dan mengasah bakat kepimpinan murid yang bakal dilantik menjadi fasilitator program. Murid atau fasilitator dibimbing oleh guru mentor sekolah masing-masing bagi membina modul dan membentang modul di bengkel fasilitator yang dilaksana di SMK Jalan Bukit pada 18 April 2017 dan 25 April 2017.   Fasilitator memurnikan dan mengaplikasi modul untuk memantapkan pelaksanaan program Kem Kepemimpinan PRS Daerah yang dilaksana sepenuhnya aktiviti oleh fasilitator dengan bimbingan guru mentor. 1 MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH

PENILAIAN DAN PENARAFAN LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa bagi Peringkat Negeri Selangor adalah untuk menentukan kedudukan di antara kelompok 3 buah sekolah yang telah layak untuk ke peringkat akhir. Sebagai persediaan menyambut kehadiran panel penilai, warga SMK Jalan Bukit telah membuat persediaan samada dari segi persembahan sambutan, pembangunan dan keceriaan stesen serta persembahan murid di setiap stesen. Seramai 105 orang murid telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti dengan komitmen padu seluruh Pentadbir dan warga guru bagi menyahut cabaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) perlulah merentasi bidang kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid serta menekankan kemenjadian murid. Latihan dilaksana secara berperingkat bagi memantapkan persembahan murid. serta mendapat komitmen padu dari Pn. Gulunara Bibi selaku YDP PIBG yang turut serta memantau persembahan murid semasa latihan.  Latihan persembahan juga turut dipantau oleh PK HEM bagi mneguhkan isi persemba