Skip to main content

Selamat Datang Ke Portal SMK Jalan Bukit

Assalamualaikum, salam sejahtera dan terima kasih kerana melayari laman web SMK Jalan Bukit Kajang. Web ini akan memaparkan peristiwa-peristiwa dan maklumat penting berhubung warga SMK Jalan Bukit secara amnya. Web ini akan melalui proses pembinaan dan akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.  Data dan maklumat terperinci tentang sekolah serta bahan-bahan arkib sedang menjalani proses pengumpulan dan kemasukan ke dalam sistem web. Laman ini berperanan sebagai penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan serata dunia. Selain daripada mewujudkan saluran maklumat mengenai sekolah, laman ini juga adalah sebagai satu medium bagi para guru dan pelajar melibatkan diri di dalam bidang teknologi maklumat (IT). Semoga usaha murni akan mendapat keberkatan Ilahi dan akan diteruskan lagi oleh generasi yang akan datang. Diharapkan semua pihak dapat mengambil manfaat daripada penghasilan web sekolah ini. Sekian, wassalam. 



PN ROSLINA BINTI CHE OMAR
PENGETUA
SMK JALAN BUKIT

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.