Bermula tahun ini, program SMART (Sedia Mendengar dan Mencatat) diperkenal kepada para pelajar. Unit disiplin dan guru-guru lain membantu pelaksanaan program dengan bersama menegaskan kepada murid untuk mengikut arahan mengeluarkan nota, bersedia & mencatat.
Program ini bertujuan untuk membentuk budaya mencatat dan mendengar dalam kalangan murid.
Program diselaraskan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan guru bertugas melaksanakan aktiviti semasa perhimpunan pagi.
Objektif program adalah untuk memupuk kecemerlangan murid, mewujudkan kesiapsediaan murid kepada PdP dan melahirkan murid yang peka dan berdisiplin.
Comments
Post a Comment