Pembukaan Sekolah Pasca PKP (Covid 19)
Pada Rabu, 24 Jun 2020, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan termasuk SMK Jalan Bukit, Kajang telah membuka semula sesi persekolahan untuk murid-murid tingkatan 5 dan 6 atas. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta kakitangan sekolah terjamin.
Pada hari tersebut, pihak SMKJB juga telah dilawati oleh pegawai SISC+ PPDHL Pn Norziah bt Amin. Turut hadir adalah pegawai PPS dari IPD Kajang, Tn ASP Jamaludin bin Ahmad dan Tn Sub Inspektor Samsor bin Masrol.
Comments
Post a Comment