Pembukaan Sekolah Pasca PKP (Covid 19) Pada Rabu, 24 Jun 2020, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan termasuk SMK Jalan Bukit, Kajang telah membuka semula sesi persekolahan untuk murid-murid tingkatan 5 dan 6 atas. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta kakitangan sekolah terjamin. Pada hari tersebut, pihak SMKJB juga telah dilawati oleh pegawai SISC+ PPDHL Pn Norziah bt Amin. Turut hadir adalah pegawai PPS dari IPD Kajang, Tn ASP Jamaludin bin Ahmad dan Tn Sub Inspektor Samsor bin Masrol.
43000 Kajang, Selangor. Tel:0387331235 Fax:0387394787