Skip to main content

PROGRAM BINA BAKAT TOC & MISTA Academi ( Taklimat dan saringan Bidang Kemahiran )

Program  Jalinan Strategik bersama Kolej Kemahiran Mista Academi dan TOC College.
Program bertujuan untuk mendedahkan murid dengan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.


Program Bina Bakat TOC telah dilaksanakan pada 26 Feb 2020 dengan mensasarkan murid yang meminati bidang kemahiran Automotif.
Pegawai TOC telah hadir memberikan taklimat dan saringan personaliti kepada seramai 31 orang murid yang berminat.

Program Kemahiran Mista Academi adalah usahasama dengan Manforce Berhad.  Membuka peluang kepada murid untuk menjalani latihan professional dalam bidang peruncitan, hospitaliti, kulinari dan bakeri.  Seramai 20 orang murid telah menyertai taklimat dan ditemuduga pada 18 Februari 2020.

Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.