Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

PROGRAM THE CHAMPION 2020

PROGRAM 'THE CHAMPION' 2020 Program dilaksana dalam Majlis bersama penetapan target pada 13 Mac 2020/Jumaat. FORMAT THE CHAMPION bagi tahun 2020 telah diubah mengikut kesesuaian dan pemerhatian program tahun-tahun sebelumnya.... Keterujaan murid menerima cenderahati 'coklat' yg mencapai target nilai GPC lebih kecil berbanding peperiksaan sebelum membuka Program The Champion kepada semua murid yg mencapai sasaran. : pada tahun ini Program Champion akan membuka peluang dan menggalakkan semua murid untuk berusaha menempatkan diri dalam kelompok Champion melalui pengecilan nilai GPC pada setiap peperiksaan yang dihadapi hingga ke SPM. Setiap murid yang mencapai nilai sasaran GPC akan dianugerahkan Sijil pencapaian Champion Gangsa, Champion Perak dan Champion Emas. [ ada 3 fasa penganugerahan Champion 🌹Champion Gangsa - berdasarkan GPC PAT T4 mengikut standard kumpulan sasaran 🌹Champion Perak - berjaya mengecilkan nilai GPC PPT berbanding

PROGRAM BINA BAKAT TOC & MISTA Academi ( Taklimat dan saringan Bidang Kemahiran )

Program  Jalinan Strategik bersama Kolej Kemahiran Mista Academi dan TOC College. Program bertujuan untuk mendedahkan murid dengan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET. Program Bina Bakat TOC telah dilaksanakan pada 26 Feb 2020 dengan mensasarkan murid yang meminati bidang kemahiran Automotif. Pegawai TOC telah hadir memberikan taklimat dan saringan personaliti kepada seramai 31 orang murid yang berminat. Program Kemahiran Mista Academi adalah usahasama dengan Manforce Berhad.  Membuka peluang kepada murid untuk menjalani latihan professional dalam bidang peruncitan, hospitaliti, kulinari dan bakeri.  Seramai 20 orang murid telah menyertai taklimat dan ditemuduga pada 18 Februari 2020. Bergerak Senada d'Bukit d'Persada. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

PROGRAM PENINGKATAN KENDIRI (URIN TEST)

Tujuan program sebagai langkah pencegahan agar murid tidak terjebak dengan gaya hidup negatif.   Seramai 30 orang murid disaring dan dibuktikan tidak mengambil bahan larangan.   Moga program menjadi wadah agar keharmonian sekolah dapat dipelihara melalui jaringan pintar antara Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, AADK dan  SMK Jalan Bukit. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah

CERAMAH MOTIVASI PECUTAN AWAL SPM 2020

Program Pecutan Awal bertujuan menyemai minda 'straight A' dan bukan hanya lulus biasa sahaja.  Program memperkenalkan teknik 'study smart' yanhg disampaikan oleh penceramah jemputan kolaborasi bersama UCSI University.  Program dilaksana pada 25 Februari 2020 (Selasa) bertempat di Dataran Ilmu.  Program yang juga bertujuan meningkatkan motivasi murid dalam pencapaian akademik.   Diharapkan program ini mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Bergerak senada d'Bukit d'Persada. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.