Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

KELAS KILAUAN PERMATA TINGKATAN 5

  KILAUAN PERMATA TINGKATAN 5 TAHUN 2020 Kelas Kilauan Permata Norma Baharu akan diteruskan seperti sebelum ini. Objektif utama kelas ini adalah sebagai persediaan murid-murid tingkatan 5 bagi menghadapi peperiksaan percubaan SPM seterusnya SPM sebenar yang akan diduduki pada bulan Januari yang akan datang. Di bawah adalah jadual sebagai panduan murid-murid dan ibu bapa. SEMOGA SEMUA MURID BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA KEJAYAAN ADALAH MILIK ANDA SEMUA

Pembukaan Sesi Persekolahan Pasca PKP

Pembukaan Sekolah Pasca PKP (Covid 19) Pada Rabu, 24 Jun 2020, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan termasuk SMK Jalan Bukit, Kajang telah membuka semula sesi persekolahan untuk murid-murid tingkatan 5 dan 6 atas. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta kakitangan sekolah terjamin.  Pada hari tersebut, pihak SMKJB juga telah dilawati oleh pegawai SISC+ PPDHL Pn Norziah bt Amin. Turut hadir adalah pegawai PPS dari IPD Kajang, Tn ASP Jamaludin bin Ahmad dan Tn Sub Inspektor Samsor bin Masrol.

Persiapan Pembukaan Semula Sekolah Pasca Covid 19

GOTONG ROYONG ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID SMK JALAN BUKIT, KAJANG Unit HEM, SMK Jalan Bukit, Kajang, telah mengadakan sesi gotong royong bagi memastikan prasarana sekolah dan bilik darjah berada dalam keadaan yang selamat mengikut SOP yang telah ditetapkan, sempena pembukaan sekolah pasca PKP yang akan bermula pada 24.06.2020 nanti.  Antara objektif program ini adalah sebagai mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani wabak Covid 19. Selain itu, ia juga adalah untuk menyediakan kawasan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat bagi semua guru dan murid SMK Jalan Bukit.  Gotong-royong UNIT HEM mendapat kerjasama guru-guru dan ajk PIBG telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 9.06.2020 dan 11.06.2020.  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari tersebut adalah, mengecat tanda anak panah di laluan murid, menanda garis penjarakan sosial di tempat-tempat seperti di luar

PROGRAM THE CHAMPION 2020

PROGRAM 'THE CHAMPION' 2020 Program dilaksana dalam Majlis bersama penetapan target pada 13 Mac 2020/Jumaat. FORMAT THE CHAMPION bagi tahun 2020 telah diubah mengikut kesesuaian dan pemerhatian program tahun-tahun sebelumnya.... Keterujaan murid menerima cenderahati 'coklat' yg mencapai target nilai GPC lebih kecil berbanding peperiksaan sebelum membuka Program The Champion kepada semua murid yg mencapai sasaran. : pada tahun ini Program Champion akan membuka peluang dan menggalakkan semua murid untuk berusaha menempatkan diri dalam kelompok Champion melalui pengecilan nilai GPC pada setiap peperiksaan yang dihadapi hingga ke SPM. Setiap murid yang mencapai nilai sasaran GPC akan dianugerahkan Sijil pencapaian Champion Gangsa, Champion Perak dan Champion Emas. [ ada 3 fasa penganugerahan Champion 🌹Champion Gangsa - berdasarkan GPC PAT T4 mengikut standard kumpulan sasaran 🌹Champion Perak - berjaya mengecilkan nilai GPC PPT berbanding