Skip to main content

PROGRAM SELEPAS PT3 2019

Program Selepas PT3 dilaksana selama 7 minggu bermula selepas tamatnya peperiksaan PT3.
Program taklimat bersama PK HEM, Unit Bimbingan & Kaunseling bertindak sebagai penyelaras Program Selepas PT3. Tuan Pengetua turut menyampaikan amanat bagi memastikan murid-murid menyedari kepentingan pelaksanaan program.
Pelaksanaan sederap bagi memastikan murid mendapat manfaat bagi membuat persediaan melangkah ke tingkatan 4 ( menengah atas ).
Program bermulanya dengan taklimat dan ice breaking.  Murid tingkatan 3 telah dipecahkan kepada 7 kumpulan stimulasi kelas tingkatan 4.

Pelbagai program telah dilaksana bagi meningkatkan pengetahuan murid bagi memastikan sahsiah mereka dapat dibangunkan dan diisi dengan mesej bermanfaat.
Slot dari APU berkaitan 'kesedaran bahaya siber' dan AADK berkaitan 'bahaya rokok dan vape' diharap dapat mengalakkan murid-murid agar mengamal budaya hidup sihat.
Program Nilam oleh PSS SMK Jalan Bukit.
Pelancaran Bulan Kecergasan dari Unit  Sukan SMK Jalan Bukit.

Program Kerohanian dari Panatia Agama Islam.

Aktiviti turut memfokuskan kesedaran dan menanamkan minat murid-murid agar bersama menyumbang ke arah Sekolah Lestari Hijau. 



Aktiviti Kembara Ilmu (Lawatan) ke 4 lokasi iaitu Bandar Hilir Melaka, Shah Alam, Pusat Sains Negara dan Putrajaya telah dilaksana serentak pada 13/11 dengan anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panatia Sains, Panatia Moral dan Panatia PJK.







Majlis Penutupan Program Lestari Hijau yang disempurnakan oleh wakil YB Adun Kajang, Encik Lee Learn Eng Wakil Majlis Tertinggi Kajang turut menyaksikan hasil kerja murid sepanjang program Lestari Hijau, jalinan strategik di antara SMK Jalan Bukit dan Nilai Universiti serta Kolej Universiti New Era.

Murid-murid yang berjaya sepanjang program turut diiktiraf dan dihargai pencapaiannya.

Bagi memastikan murid mendapat impak holistik, Kem Korikulum.Perdana yang dilaksanakan selama dua hari di Kem Sungai Lopo Hulu Langat pasti menjadi memori indah murid-murid dengan kepelbagaian aktiviti yang mencungkil keberanian dan kreativiti mereka.
Bergerak Senada dBukit dPersada
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .