Skip to main content

LAPORAN : (LADAP TS25 MODUL 7)

LAPORAN : (LADAP TS25 MODUL 7)

Objektif:
1.      Berkongsi idea dalam kalangan guru agar dapat diolah dan diimplimentasikan ke dalam laporan KMR (TS25 Modul 6) secara digital yang dapat diakses secara umum
2.      Memurni budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru-guru SMK Jalan Bukit agar dapat memacu kecemerlangan murid dengan cara yang bersesuaian.

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti : Perkongsian Slides & Aktiviti Quizizz yang disampaikan oleh Puan Hazalina binti
                Suratman, Pn. Amimah binti Baharuddin dan Pn. Nesamalar A/P Chelliah
Tarikh : 19 September 2019
Tempat : Anjung Muafakat
Sasaran : Guru-Guru Sesi Pagi & Petang

Laporan Aktiviti :
Puan  Norkhaliza mempengerusikan LADAP TS25 Modul 7 ini. Set Induksi disampaikan oleh Pn. Hazalina. Penjelasan terperinci Modul 7,  TS25 ini disampaikan oleh Pn. Amimah. Seterusnya sedikit tambahan informasi disampaikan oleh Pn. Nesamalar. Penjelasan berkaitan Digital Tools  & Resources (DTR) sebagai salah satu kaedah penambahbaik pedagogi / pembentangan projek KMR ditekankan di dalam modul ini.

Kekuatan:
SMK Jalan Bukit merupakan sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Bimbingan secara berterusan dari pihak penyelaras (Pn. Hazalina, Pn. Amimah dan Pn. Nesamalar) kepada warga sekolah adalah secara berterusan.

Kelemahan:
Kebanyakan murid-murid SMK Jalan Bukit adalah berlatar belakangkan akademik  dan sosioekonomi yang rendah dan sederhana. Cabaran besar bagi guru-guru untuk melaksanakan PdPc harian berpusatkan murid, terutama apabila melibatkan aras tinggi dan aplikasi teknologi digital.

Penambahbaikan:
Murid-murid perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara total dalam PdPc berkonsepkan DTR dengan bimbingan guru. Selain itu, guru-guru juga perlu lebih kreatif untuk menarik minat murid-murid untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti di dalam kelas.



Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .