Skip to main content

MiNGGU EKSPLORASI KERJAYA

Keperluan bagi mendedahkan murid-murid agar dapat meneroka bidang kerjaya bagi membolehkan mereka membuat pilihan terbaik dalam menentukan hala tuju kehidupan menjadi teras aktiviti ini.



Aktiviti pertama bermula pada 15/7 (Isnin) ialah Program Bicara Kerjaya dalam bidang Penerbangan sebagai Kabin krew yang dijayakan bersama Kolej Inter Excel Kuala Lumpur.





Bicara Kerjaya Bidang Arts pengkhususan dalam seni visual pada 16/7 (Selasa) membawa murid-murid bagi meneroka kejayaan rakyat Malaysia di persada Hollywood sebagai pelukis animasi. Slot yang menarik ini dijayakan oleh The One Academy sebuah kolej berprestij di peringkat Asian.





Aktiviti Kokurikulum pada 17/7 (Rabu) di bawah Kelab Bimbingan dan Kerjaya melaksanakan aktiviti Eksplorace yang bertujuan mengcungkil kreativiti murid dan mengasah bakat kepimpinan mereka.






Sebanyak 18 buah gerai termasuk 3 buah gerai jemputan telah hadir  membuat pameran kerjaya pada 18/7 (Khamis) bagi menyalurkan pelbagai maklumat kerjaya.
Pameran kerjaya merupakan medium agar murid dapat bertukar buah fikiran tentang persoalan hala tuju kerjaya mereka selepas tamat persekolahan.



Minggu Eksplorasi Kerjaya ditamatkan pada 19/7 (Jumaat) dengan program Bicara Kerjaya dari UTAR yang mendedahkan tentang kerjaya dalam bidang perniagaan, ICT dan komunikasi.

Mencapai Aspirasi Kemenjadian Murid
SEKOLAH BEBAS DADAH
Bergerak Senada dBukit dPersada

Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.