Skip to main content

PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA MALAYSIA-BALI

Program Pertukaran Budaya Malaysia-Bali, perjalanan bermula dengan penerbangan MH867 jam 21.00pm / Rabu / 3Apr2019 dengan rombongan deligasi seramai 40 orang dari 10 buah sekolah sekitar Daerah Hulu Langat.  Program anjuran bersama Majlis Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Hulu Langat dan SMK Jalan Bukit bertindak sebagai urusetia program dengan Puan Hamidah bt Abd Talib, PK KOKU SMK Jalan Bukit bertindak sebagai Ketua Rombongan.  Tuan Syed Norzalman b. Syed Yusof, PPD Kokurikulum Akademik(M) PPDHL turut hadir mengiringi deligasi sepanjang di Bali.

Paluan gong menyambut ketibaan deligasi setibanya ke SMP Negeri 4 Melaya, Bali





Majlis dibuka dengan ucaptama dari wakil rombongan dan PPD Malaysia-Bali.
Persembahan Tarian dan Muzik  yang menampilkan keunikan Budaya Bali. 



Deligasi Malaysia, kumpulan persembahan tarian adalah diwakili dari anak-anak murid dBukit yang membawa persembahan Tarian Malaysia Ku diiringi muzik lagu Siti Nurhaliza dan Tarian Solo Klasik India oleh Vishnu Priya.



Persembahan Silat dari kedua-dua negara.



Majlis Menandatangani MOU dan pertukaran idea dari bahagian Pengurusan Kokurikulum, Akademik bagi ke dua-dua buah negara Malaysia - Bali.

Lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Bali.


Menonton persembahan Tarian Balirong.
Setiap ahli deligasi dikalungkan dengan untaian bunga setibanya di Bali.
Murid Malaysia dan penduduk setempat Bali mengambil kesempatan bermain bola di pantai Bali.
Menikmati hidangan di tempat-tempat menarik sekitar Bali.



Persembahan Penutup Nyanyian Solo dari Murid SMK Jalan Bukit, Nik Rizqi membawa lagu Assalamualaikum Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.