Dilaksana pada 14/1 hingga 15/1 bertempat di Dewan Ilmu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini bertujuan untuk meneroka potensi diri murid melalui pentaksiran psikometrik IKK.
Selain dari Pentaksiran Psikometrik murid dikehendaki menyebut cita-cita masing bagi mewujudkan target.Penerangan berkaitan sistem meritokrasi dan peluang menyambung pelajaran selepas SPM seperti Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan 6.
Bahan-bahan semasa Taklimat UPU turut disampaikan.
Murid-murid menyatakan cita-cita di atas kertas.
Pendedahan dan perbincangan tentang cara pengurusan masa.
Tujuan utama program ini menetapkan target awal bagi menyuntik semangat juang murid-murid yang bakal mengharungi SPM.
Semoga Murid Tingkatan 5, calon SPM 2019 beroleh kecemerlangan.
'Sekolah Bebas Dadah'
Comments
Post a Comment