Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

CPD 2 : PdPc BERKESAN DAN PdPc PA21

Profesional Learning Community (CPD) kali ke-2 telahpun diadakan seperti ketetapan berikut, Tarikh           :      26 Januari 2019 Hari              :       Sabtu Tempat         :       Dewan Ilmu, SMK Jalan Bukit Penceramah  :      Pn Hjh Nur Hainei bt Abu Bakar                              Mantan Guru Besar ,                              SK Jalan Tiga,                              Bandar Baru Bangi. Tentatif  Program  : 8.00 - 10.00 pg    : Slot 1 - PdPc Berkesan 10.00 - 10.30 pg  : Rehat - Sarapan 10.30 - 12.30 th   : Slot 2 - PdPc PA21 Objektif Program: 1. Memantapkan lagi keberkesanan PdPc para guru SMKJB. 2. Meningkatkan profesionalisme guru-guru di alaf 21. 3. Memperkasakan PdPc Alaf 21 dan agar menjadi amalan yang berterusan. Pengetua Cemerlang Pn Hjh Roslina bt Che Omar mengalu-alukan kehadiran Pn Hjh Nur Hainei bt Abu Bakar Pn Hjh Nur Hainei bt Abu Bakar menyampaikan ceramah beliau Para peserta terdiri dari semua guru SMK Jalan

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 3

 Selaras dengan keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, pengisian PMD berfokus kepada penetapan target kerjaya melalui tafsiran personaliti berdasarkan IMK2.   Saringan DASS dan Soal selidik Gaya Daya Tindak turut dilaksanakan sejajar dengan keperluan perkhidmatan yang perlu membuat saringan kepada sekurang-kurang-kurangnya 20% mengikut tingkatan.  Program yang dilaksana bermula 22 Jan hingga 23 Jan mengikut jadual bertempat di Dewan Ilmu.  Semoga program ini membantu murid-murid tingkatan 3 agar dapat membuat penyesuaian diri bagi memastikan kejayaan semasa PT3. Program tahunan anjuran UBK ini moga membawa manfaat kepada semua pihak khususnya demi kepentingan masa hadapan generasi akan datang. it is not the knowledge which should come to you, it is you should come to the knowledge.  Bukan ilmu yang seharusnya mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu. – Imam Malik SEKOLAH BEBAS DADAH d'Bukit Hebat

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AWAL KECEMERLANGAN SPM & PT3

 Program ini dilaksanakan pada 16 Januari 2019 bertempat di Kolej Universiti New Era.  Motivasi tingkatan 5 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.  Sementara Motivasi tingkatan 3 bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari.  Pengisian aktiviti berbentuk kemahiran belajar bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains.  Murid-murid didedahkan dengan teknik belajar secara kreatif agar mudah mengingat dan mencari kata kunci .  Objektif program ini adalah untuk menyuntik semangat juang kepada murid agar berusaha mencapai tahap maksima melalui kaedah belajar yang menyeronokkan. Moga program ini dapat meningkatkan peratus pencapaian SPM & PT3 bagi tahun 2019. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Pusat Tuisyen Genius Arena dan Kolej Universiti New Era. Terima kasih kepada semua PRS dan guru yang membantu bagi memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya. Bergerak Senada dBukit Hebat .

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 5

Dilaksana pada 14/1 hingga 15/1 bertempat di Dewan Ilmu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.  Program ini bertujuan untuk meneroka potensi diri murid melalui pentaksiran psikometrik IKK. Selain dari Pentaksiran Psikometrik murid dikehendaki menyebut cita-cita masing bagi mewujudkan target . Penerangan berkaitan sistem meritokrasi dan peluang menyambung pelajaran selepas SPM seperti Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan 6. Bahan-bahan semasa Taklimat UPU turut disampaikan. Murid-murid menyatakan cita-cita di atas kertas. Pendedahan dan perbincangan tentang cara pengurusan masa . Tujuan utama program ini menetapkan target awal bagi menyuntik semangat   juang murid-murid yang bakal mengharungi SPM. Semoga Murid Tingkatan 5, calon SPM 2019 beroleh kecemerlangan. 'Sekolah Bebas Dadah'

MAJLIS PELANCARAN NILAM TAHUN 2019

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan program galakan membaca yang telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 1999.Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara berterusan sehinggalah murid-murid tamat persekolahan. Antara objektif program nilam ialah menjadikan murid banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini. Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Bagi menyahut seruan KPM maka SMK Jalan Bukit telah membuat majlis pelancaran NILAM. Tarikh    :       14 Januari 2019 Hari       :        Isnin Masa     :        7.30 - 8.10 pagi (sesi pagi) / 1.30 - 2.00 ptg (sesi petang) Tempat  :        Dataran Ilmu  MAJLIS PELANCARAN NILAM SESI PAGI

MATHEMATICS PROGRAMME WITH MR EDDIE WOO

MATHEMATICS PROGRAMME WITH MR EDDIE WOO Eddie Woo  (born 1985) is an Australian  mathematician . Woo is best known for his  YouTube  channel,focused on explanations of perennial  mathematical problems .  In 2018, Woo was awarded Australia’s Local Hero.This programme was organised by SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi in cooperate with Ministry of Education and Australian High Commision, Kuala Lumpur. Three teachers ( member's of Mathematics Panel ) and four students from our school were invited to participate in this programme.

LADAP KmR SESI PAGI

Tarikh        :        7 dan 8 Januari 2019 Tempat      :         Anjung Muafakat Sasaran     :         Semua guru sesi pagi  Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR) telah dilaksanakan pada tahun 2018 lagi melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu tingkatan 1 dan 2 yang menggunakan KSSM ( Kurikulum Standard Sekolah Menengah,KmR adalah modul ke-6 TS25. Pada tahun ini pula melibatkan mata pelajaran yang menggunakan KSSM iaitu murid-murid tingkatan 3 dan beberapa mata pelajaran lain di tingkatan 4 dan 5 . KmR bertujuan untuk membantu guru memahami dan merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan mereka bentuk PdPc. Selain dari itu, KmR juga dapat membantu guru membudayakan PBS dan KBAT dalam PdPc. Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan KmR. GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LADAP KmR SESI PAGI SMKJB LADAP KmR HARI PERTAMA ( ISNIN / 7 JAN 2019 ) LADAP KmR HARI KE-2 (SELASA / 8 JANUARI 2019)

TAKWIM PEPERIKSAAN SMKJB TAHUN 2019

Unit peperiksaan dalaman telahpun mengeluarkan takwim ujian dan peperiksaan bagi tahun 2019. Semoga semua warga d'Bukit dapat membuat persediaan bagi menghadapi tarikh-tarikh penting ini.

ORIENTASI TINGKATAN 4' 2019 : Penerokaan Kendiri dan Kerjaya

Orientasi pada 3 Jan 2019, Penerokaan Kendiri dan Kerjaya bertujuan untuk menetapkan fokus murid tingkatan 4 di menengah atas.  Program dilaksana oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dibantu oleh PRS yang bertindak sebagai Fasilitator. Murid didedahkan dengan Sistem Meritokrasi dan pakej matapelajaran elektif.  Murid-murid diminta meneroka pakej matapelajaran masing-masing sebagai persediaan. Aktiviti Penerokaan Kendiri 'SIAPA SAYA....' Ahli-ahli kumpulan diminta menulis berkaitan rakannya. Bagi membantu murid melihat perpektif dirinya. Refleksi : Murid menceritakan perasaannya tentang penilaian dari rakannya. Refleksi Murid-murid memberi penilaian pada rakan-rakannya. Sebahagian Fasilitator : PRS Tingkatan 4 yang membantu.     Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.