Skip to main content

Pertandingan Kemahiran Kebombaan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018

Pada 14 Mac 2018 telah diadakan Pertandingan kawad kaki dan kawad operasi berhalangan kering Peringkat Negeri Selangor di Balai Bomba Sungai Besar, Selangor. Daerah Hulu Langat telah memenangi tempat ketiga acara kawad operasi kering. Salah seorang peserta kawad tersebut ialah murid SMK Jalan Bukit iaitu Jacqueline Aren Bilong. Jacqueline juga telah dianugerahkankan sijil pentauliahan pangkat Koperal oleh Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia. Semoga dengan kemenangan Jacqueline ini dapat menyuntik semangat  ahli-ahli kadet bomba yang lain untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.







Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

Pada tahun ini, Kelab Pencegahan Jenayah telah diamanahkan diletakkan di bawah unit Disiplin. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan. Di antara aktiviti kelab ini sehingga bulan april adalah Mesyuarat Agong, aktiviti menyediakan banner untuk unit disiplin,  mengecat dan menceriakan bilik DMasa