Skip to main content

KILAUAN PERMATA 3

LAPORAN : KILAUAN PERMATA 3 (KP 3)

Objektif:
a) Mengulangkaji konsep-konsep mata pelajaran yang telah dipelajari
b) Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat
c) Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan PT3
d) Menjauhkan murid dari gejala dadah melalui aktiviti kelas tambahan

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti             : Kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan 3
Tarikh              : 10 Mac 2018 (Sabtu)
Tempat             : Bilik Darjah
Sasaran            : Semua murid tingkatan 3
Perbelanjaan     : Peruntukan PPA

Laporan Aktiviti :
Aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Kekuatan:
1. Kehadiran dan komitmen guru-guru amat baik.
2. Murid-murid yang hadir menepati masa yang telah ditetapkan.

Kelemahan:
  1. Tidak semua murid hadir seperti yang disasarkan. ( Kehadiran 74% murid-murid tingkatan 3)     

Penambahbaikan:
1.Pihak pentadbir telah mengambil tindakan tegas terhadap murid yang tidak hadir.

2.Kempen serta makluman kepada murid dan ibu bapa akan diteruskan semasa perhimpunan pagi dan melalui SMS atau WA kelas masing-masing.




Comments