Skip to main content

Festival Catur Putrajaya 2017

Pada 11 Februari 2017 10 orang murid dari SMKJB telah menyertai Festival tersebut diiringi Pn Koh Kim Choo, Pn Nor Saliza Bt Mohd Saad dan Pn Radhiah bt Idris.  Ia merupakan suatu pengalaman dan pendedahan yang sangat baik untuk pemain- pemain catur kita. Seramai 1200 peserta dari seluruh Malaysia menyertai Festival ini yang dimasukkan dalam  Malaysia Book of Records. Murid-murid SMK Jalan Bukit yang terlibat ialah  Pasukan Bawah 18 tahun iaitu Fazlee Hakim bin Zakaria  , Ahmad Adam b  in Mohd Daud, Ahmad Adib bin Mohd Daud , Lim Yi Qi dan Ong Jia Chong. Manakala Calvin Raj David, Vimalan Shanggar , Camillus Joachim, Amirtha Vaarshan Pushparajan, Vangadeish Gunaseelan pulanmewakili pasukan bawah 15 tahun.


Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.