Skip to main content

Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat

Seramai 32 orang pelajar telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat yg berlangsung di MAEPS, Serdang hari ini. Daripada jumlah penyertaan tersebut seramai 21 orang telah menyumbang mata kemenangan dan 6 orang pelajar kita telah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Kategori P1 dan kategori L1 mendapat Naib Johan manakala kategori P2 mendapat tempat ke-3. Pelajar kategori L2 mendapat tempat ke-4 & ke-6 individu dan kedua-duanya terpilih mewakili daerah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan olahraga khususnya untuk Pn. Santhana Marry, Cik Nur Diyana, Cik Nur Izzati dan bekas pelajar Laura Tan May Chern yang begitu komited melatih pasukan sekolah. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ


Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (๐ŸŒนdikecualikan murid tingkatan 3๐ŸŒน) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.