PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4
TAHUN 2017
BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH
Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bermula dari 3 Januari 2017 hingga 6 Januari 2017 . Program ini berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif program adalah untuk:
*Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya.
*Pelajar mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersedia menghadapi SPM bermula daripada awal Tingkatan 4 sehingga menjelang SPM.
*Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
*Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah.
Pengisian program adalah seperti berikut :
*Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
*Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
*Ucapan Penolong Kanan Akademik
*Taklimat matapelajaran matapelajaran Tingkatan 4
*Taklimat Penyelaras Tingkatan 4.
*Taklimat sistem meritokrasi untuk melanjutkan pelajaran.
*Ceramah laluan kerjaya .
*Takilmat Pusat Sumber Sekolah
*Program NILAM
*Pengurusan kelas.
*Pendaftaran aktiviti kokurikulum
Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti amat dihargai dan dapat diteruskan di masa hadapan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pentadbir,guru-guru yang secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini
d'Bukit Bebas DARVIH
Bergerak Senada d'Bukit d'persada
Comments
Post a Comment