Skip to main content

Karnival Keusahawanan d'Bukit 2016

Atas inisiatif untuk membantu pihak sekolah bagi mengumpul dana demi pembangunan sekolah pihak PIBG SMK Jalan Bukit telah menganjurkan program Karnival Keusahawanan d'Bukit pada hari Sabtu 30 Januari 2016 yang lalu.
Karnival yang berlangsung selama sehari itu telah berjaya menyaksikan kehadiran segenap warga komuniti setempat. Kehadiran Yang Berbahagia Datuk Dr Haji Mohd Fathil Bin Daud( Ketua UMNO Bahagian Serdang) sebagai tetamu kehormat telah menyempurnakan acara melalui ucapan perasmian yang telah disampaikan. Hadir bersama ialah Tuan Haji Mat Jah Bin Roslan SIS(Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat), Puan Roslina Binti Che Omar (Pengetua SMKJB) dan Puan Gulunara Bibi Bt Noor Mohammed ( YDP PIBG SMKJB). Karnival yang berlangsung selama sehari itu telah terisi dengan pelbagai aktiviti permainan, pameran dan jualan makanan serta minuman. Sesungguhnya dengan kehadiran ramai pengunjung karnival ini dapat merealisasikan tema yang ditetapkan iaitu Komuniti Bersatu Menuju Kecemerlangan.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.