Skip to main content

Majlis PRS

Majlis PRS ‘Perfect,Resourceful,Successful' SMK Jalan Bukit Kajang telah berlangsung  pada13 Ogos 2015 di  PICC, Putrajaya . Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf bakat , kepimpinan dan jasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kerana banyak membantu menjayakan pelbagai aktiviti sekolah.
Majlis bermula dengan nyanyian lagu PRS dikuti ucapan Pn Roslina Bt Che Omar, Pengetua SMKJB.
Beliau mengucapkan syabas kepada para PRS yang telah banyak membantu sekolah dalam menjayakan aktiviti sekolah.  Beliau turut mengharapkan agar PRS meneruskan usaha mereka dan sentiasa bersedia membantu sekolah pada setiap keperluan yang menuntut bakat dan kepimpinan mereka.
Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti PRS sepanjang tahun, penyampaian sijil dan cabutan bertuah.
Unit Bimbingan dan kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua,YDP PIBG,PK Petang,barisan GKMP dan Pn Hafzaidah kerana membuka kelapangan bagi memenuhi jemputan utk menghargai  anak PRS SMKJB dan menjayakan majlis ini.
Bergerak senada d'bukit dipersada.

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

MAJLIS PELANCARAN POSTER SALAH LAKU DISIPLIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 7 Ogos 2017, Pengetua Pn. Hajah Roslina, PK HEM En. Hafiz , Ketua Disiplin Pn. Mumtaz , AJK PIBG Pn. Liong dan beberapa orang pengawas telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran poster salah laku disiplin murid peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Sesi bergambar bersama-sama Menteri Pendidikan. Berikut ada poster salah laku disiplin murid yang telah dilancarkan.

Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi Program Sekolahku Sejahtera:  Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022 yg akan dilaksanakan serentak di semua sekolah dan di peringkat PPD dan negeri Berikut diberikan link youtube untuk siaran langsung esok 18 Ogos 2022.  Click : Video   Youtube Selain itu, sekolah boleh menyaksikan siaran langsung melalui Didik TV, FB KPM atau FB YBMK.