Pada 6 Mei 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kolej Portman telah menganjurkan Program Kasih Ilmu. Program ini bertujuan memberikan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar aliran sastera dan MPED. Pengisian program ini terdiri daripada aktiviti 'energizer' dan Latihan Dalam Kumpulan.
Program yang dikelola oleh pelajar-pelajar dari Kolej Portman ini mengendali program kepada160 orang murid dari kelas 5A1,5A2 , 5A3,5A4 dan 5 MPED. Di akhir program ini Pn Roslina Bt Che Omar (Pengetua SMKJB) mengingatkan para pelajar sentiasa menjaga kekemasan diri , memastikan diri sendiri hadir ke sekolah setiap hari persekolahan seterusnya meningkatkan usaha mulai hari ini untuk mendapatkan sijil SPM .
Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Kolej Portman, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yg secara langsung dan tidak langsung telah menjayakan program ini.
Bergerak senada d'bukit d'persada.
Comments
Post a Comment