Pada 28 April 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pasukan AIESEC UKM telah menganjurkan Program AIESEC. Objektif program ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu alam sekitar dan keperluan kitar semula bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap persekitaran . Program ini dikelola oleh fasilitator dari Malaysia,India, Egypt dan Vietnam yang meminta semua pelajar untuk menghargai keamanan kerana peperangan lebih membawa kepada kemusnahan alam sekitar. Kehadiran 5 orang fasilitator dari luar negara telah memberi pendedahan kepada murid.-murid tentang kebudayaan negara lain. Seramai 120 orang murid dari kelas 4SN1,4SN2,4ST dan 4AK telah menyertai program ini. Pengisian program, terdiri daripada ceramah ,tayangan video dan Latihan Dalam Kumpulan Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Pasukan AIESEC UKM, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yang secara langsung dan tidak langsung tela