Juraian Meteor Tahun 2011
Written by shahgazer Tag: almanak 2011, blog shahgazer's blog Login to post comments
Berikut merupakan senarai juraian meteor yang utama, bagi sepanjang tahun 2011.
3-4 Jan: Quadrantids. Sebuah juraian yang agak baik. Jangkaan sehingga 40 meteor sejam pada waktu puncaknya. Tarikh puncaknya berlegar antara 3-4 Jan, tetapi kita sudah mula boleh lihat meteornya sepanjang 1-5 Jan nanti. Radiant-nya ialah di buruj Bootes. Bulan tiada di langit.
21-22 Apr: Lyrids. Sebuah juraian meteor yang boleh menghasilkan sehingga 20 meteor sejam pada waktu puncaknya. Sudah boleh melakukan cerapan di antara tarikh 16 hingga 25 Apr. Meteor Lyrids ini kadangkala boleh menghasilkan meteor cerah yang meninggalkan kesan selama beberapa saat. Radiant di dalam buruj Lyra. Bulan terbit jam 10.30 malam dan berada di langit sehingga Subuh.
5-6 Mei: Eta Aquarids. Juraian yang agak ringan, dengan hanya sekitar 10 meteor sejam pada waktu puncak. Radiant di dalam buruj Aquarius. Bulan terbenam pada jam 9 malam.
28-29 Julai: Southern Delta Aquarids. Sebuah lagi meteor yang radiant-nya di dalam buruj Aquarius. Sudah mula boleh dilihat mulai 18 Julai hingga 18 Ogos. Pada tarikh puncaknya, sehingga 20 meteor boleh dilihat. Bulan terbit jam 4.30 pagi.
12-13 Ogos: Perseids. Salah sebuah juraian yang baik untuk dicerap. Sehingga 60 meteor sejam boleh dilihat pada tarikh puncak. Namun kita sudah mula dapat melihatnya muncul bermula 23 Julai hingga 22 Ogos. Radiant di dalam buruj Perseus. Bulan berada di langit dan hanya terbenam pada jam 6 pagi!
6-10 Oktober: Draconids: Tahun ini, dijangkakan akan berlaku letusan meteor yang banyak. Kiraan awal menunjukkan Bumi akan melintasi kawasan debu Komet 21P/Giacobini-Zinner yang padat kali ini. Sekitar 2 meteor seminit dijangka dapa dilihat. Radiant di dalam buruj Draco. Bulan hampir penuh ketika ini dan berada di langit hampir sepanjang malam!
21-22 Oktober: Orionids. Juraian yang boleh menghasilkan sehingga 20 meteor sejam dari kawasan buruj Orion. Waktu puncaknya agak sukar diramal, dan boleh berlegar antara 20-24 Ogos, walaupun berdasarkan rekod, tarikh 21 Ogos adalah yang terbaik. Bulan terbit sekitar jam 2 pagi.
17-18 Nov: Leonids. Juraian yang baik dan boleh menghasilkan sehingga 40 meteor sejam pada puncaknya. Radiant adalah di buruj Leo. Bulan terbit sekitar tengah malam dan berada di langit sehingga Subuh.
12-13 Dis: Geminids. Juraian yang dianggap terbaik di antara kesemua juraian. Konsisten menghasilkan sehingga 60 meteor sejam pada waktu puncak. Sudah boleh dilihat mulai 6 hingga 19 Disember. Radiant adalah dari buruj Gemini. Bulan hampir penuh, terbit sekitar jam 9 malam dan berada di langit sepanjang malam!
Telefon bimbit beri kesan kepada kulit
Posted by BioVCO | 7:18 PM | Telefon bimbit beri kesan kepada kulit | 0 comments »
Awas jika anda sememangnya menghidap masalah alahan kulit dan pada masa sama, adalah pengguna setia telefon bimbit.
Penyelidikan terbaru saintis Jepun mendakwa radiasi telefon bimbit boleh memberi kesan alahan kepada mereka yang menghidap masalah seperti eczema atau dermatitis, lapor sebuah akhbar Britain kelmarin.
Dr Hajime Kimata kali pertama membuat penemuan itu dua tahun lalu tetapi melakukan penyelidikan lanjut, baru-baru ini.
Menerusi kajian itu, dia mendapati darah beberapa pengguna telefon bimbit itu mempunyai paras bahan kimia yang tinggi dan dihasilkan sistem daya tahan badan sebagai kesan reaksi alahan.
Kajiannya itu sekali gus mengesahkan kaitan alahan kulit dengan telefon bimbit biarpun penyelidikan mengenai kesan sebenar alat komunikasi itu, termasuk kesannya kepada kesihatan pengguna, sedang dilakukan.
Pakar kesihatan Britain sebelum ini menolak kaitan telefon bimbit boleh menjejaskan kesihatan.
Namun, kajian membandingkan pengguna telefon di bandar dan pedalaman bulan lalu, menunjukkan mereka di kawasan kampung lebih berisiko mengalami masalah ketumbuhan otak disebabkan pancaran lebih tinggi diperlukan berbanding di bandar yang banyak stesen pemancarnya.
Malah, saintis turut menasihati agar kanak-kanak tidak menggunakan telefon bimbit, kecuali bagi kes kecemasan.
Pakar alahan Britain menganggap kajian Dr Kimata itu menarik biarpun tiada sebarang penjelasan saintifik bagaimana radiasi itu boleh meningkatkan reaksi alahan kulit berkenaan. – Agensi
Comments
Post a Comment