Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 3 & TINGKATAN 5

 Program Maju Diri Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah dilaksanakan pada 20 dan  21 Januari 2020.  Program dirancang khusus untuk murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi meningkatkan kemahiran belajar murid yang bakal menghadapi peperiksaan penting tahun ini.  Persediaan awal yang mantap dari segi emosi , mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif yang diharapkan dapat dicapai melalui program ini adalah : *Menyediakan murid untuk menghadapi suasana, prasarana dan budaya pdpc. *Menyampaikan informasi penting sekolah untuk tindakan dan pengetahuan murid dari aspek kerjaya dan kesihatan mental. * Setiap murid akan mempunyai Identiti Nasional. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program seperti berikut * Kemahiran Belajar Kaedah Pneumonik * Kaedah Bernafas yang betul. * Adab belajar. * Saya OK DASS * Kenali tret

ORIENTASI TINGKATAN 1 '2020

Program Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan Peralihan Tahun 2020 Program ini telah dilaksanakan pada 3 Januari dan  6 Januari 2020 dirancang khusus untuk murid-murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Peralihan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah menengah khususnya SMKJB. Persediaan awal yang mantap dari segi emosi , mental dan fizikal secara seimbang amat perlu dalam menghasilkan murid yang cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif yang diharapkan dapat dicapai melalui program ini adalah : *Menyediakan murid untuk menghadapi suasana, prasarana dan budaya pdpc yang baharu. *Menyampaikan informasi penting sekolah untuk tindakan dan pengetahuan murid. * Setiap murid akan mempunyai Identiti Nasional. *Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah. Pengisian program seperti berikut *Ucapan Pengetua *Ucapan PK Pentadbiran *Ucapan PK Koku *Warna-warni Sekolahku : Love U SMKJB *Latihan Nyanyia

DIALOG DISIPLIN 1 DAN SPOT CHECK SIRI 1 TAHUN 2020

Dialog Disiplin 1 yang mengupas tentang isi kandungan Buku Peraturan Sekolah telah dijalankan selepas perhimpunan pagi.  Puan Mumtaz Bee bt. Abd Aziz dan Puan Azuli bt Zainudi telah memberi penjelasan berkenaan kes salahlaku murid (kes-kes berat) serta penampilan diri murid dan tatacara pemakaian uniform sekolah. Selain itu, Spot Check siri 1 juga telah dilakukan dengan diketuai oleh Encik Tan Kar Heng beserta barisan guru-guru disiplin yang lain. Antara kesalahan yang dikenalpasti adalah kesalahan seperti rambut panjang dan berfesyen (murid lelaki), kuku panjang, stokin pendek dan memakai barangan kemas.  

PROGRAM JOM KE SEKOLAH SMK JALAN BUKIT TAHUN 2020

Program Jom Ke Sekolah peringkat SMK Jalan Bukit  telah diadakan pada 2 Januari 2020. Dua orang pegawai polis dari IPD Kajang iaitu ASP Jamaluddin bin Ahmad dan Sarjan Zakaria bin Abdullah telah hadir dan menyampaikan ceramah kepada murid-murid SMKJB .  Berikut adalah merupakan objektif program dan intipati ceramah yang disampaikan. Objektif Program: Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah. Intipati ceramah: a)      Mengingatkan murid yang menunggang motosikal supaya sentiasa memastikan motor mereka mempunyai lesen yang sah, memakai topi keledar dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah. b)     Mengingatkan murid supaya tidak terlibat dengan gejala tidak sihat seperti buli, gengsterisme dan vandalisme.  Pelajar senior disar