Kunjung Ilmu dari SMK Convent Kajang telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 (Rabu) jam 2.30pm hingga 3.30pm. Seramai 16 orang ahli SLAD dan 2 orang guru pengiring telah hadir menjayakan program. Kehadiran rombongan telah disambut oleh Skuad PPDa SMK Jalan Bukit. Taklimat dan agihan kumpulan telah dibentuk bagi memudahkan sebaran maklumat disampaikan. Ahli SLAD telah dibawa ke stesen-stesen DARVIH bagi mendapatkan gambaran, idea dan maklumat berkaitan fungsi dan peranan Laluan PPDa sebagai wadah pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah Tahniah diucapkan kepada PRS Tingkatan 4 yang bersedia untuk melaksanakan tugas sebagai fasilitator. Terima kasih juga atas kepercayaan dari SMK Convent Kajang untuk hadir menimba ilmu. Bergerak Senada dBukit dPersada Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah Mari Amalkan Amalan Guru Penyayang
43000 Kajang, Selangor. Tel:0387331235 Fax:0387394787