Program Orientasi Murid-murid Peralihan & Tingkatan 1 Sesi 2016 yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Unit Disiplin di bawah bidang HEM bermula 4 Januari hingga 6 Januari 2016. Program ini telah disusun dan dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah yang wajib dilaksanakan oleh UBK. Ianya bertujuan mencapai objektif program yang berperanan menyediakan murid-murid dengan persediaan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi & jasmani bagi menghadapi proses pembelajaran dalam persekitaran yang baharu bagi menyesuaikan diri murid dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Persediaan awal yang mantap amat perlu bagi menjana dan melahirkan murid-murid yang cemerlang. Ia juga sebagai pemangkin murid untuk hadir ke sekolah dengan perasaan yang ceria di samping meningkatkan ilmu pengetahuan, pendedahan maklumat kerjaya dan pembangunan sahsiah diri mereka. Antara aktiviti-aktiviti sebagai pengisian program adalah seperti beri