Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bermula 4 Januari 2016 hingga 6 Januari 2016. Program ini dilaksana selaras dengan aktiviti sekolah disamping menjayakan objektif program yang berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu bagi menghasilkan murid yang cemerlang tanpa dadah. Ia juga sebagai pemangkin murid hadir ke sekolah disamping meningkatkan pengetahuan kerjaya dan pembangunan sahsiah diri murid. Pengisian program adalah seperti berikut : *Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum *Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid *Ucapan Penolong Kanan Akademik *Ucapan Pengetua *Taklimat Penyelaras Program Orientasi Tingkatan 4 *Taklimat Penyelaras Tingkatan 4. *Spot Check *Pengurusan kelas. *Program Cermin Diri *Pendaftaran aktiviti kokurikulum Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti amat dihargai dan dapa